Thursday, March 1, 2012

PAS...punyer cerita pulak

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tuduhan terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat sebagai melampau. Menurutnya, tuduhan terdesak itu amat tidak wajar memandangkan semakin ramai menyertai PAS. “Jadi macam mana boleh dakwa PAS parti ajaran sesat, mengarut semuanya, yang sebenarnya bukan PAS bawa ajaran sesat, sebaliknya dia (Umno).

“Bayangkanlah waktu jual tiket loteri Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu, wang judi tu dibina buat masjid, boleh dia (Umno) berfikir begitu, jadi siapa yang sesat sebenarnya,” ujarnya lagi. 

(Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8150-tuduh-pas-sesat-melampau-karut-nik-aziz)


P/S : Pulak dah....nampak tang judi ye? kilang arak dok berasap kat selangor tu tak nampak ke? ke buat-buat tak nampak sebab selangor di bawah pemerintahan PR?...


Macam mana tak dikatakan sesat :

1.  PAS memperjuangkan sehingga terlaksananya peraturan dan hukum-hukum Allah  dalam  sebuah masyarakat dan pemerintahan di negara ini (Matlamat sebenar perjuangan PAS).

P/S : Tapi la ni apa dah jadi? Nik Aziz nak jadikan negara ni negara Islam, nak laksanakan hukum hudud tapi Karpal kata "langkah mayat saya dulu".....


2.  Berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara adalah satu perkara yang wajar. Adalah menjadi satu kesalahan dari segi hukum bagi orang-orang lslam yang duduk di bawah penjajahan asing atau orang yang tidak seagama dengannya.


p/s: Macam mana PAS nak buat kalau depa sendiri bersengkokol dengan orang-orang yang bukan Islam ni.....


3.  PAS menekankan supaya martabat lslam hendaklah diutamakan serta diletakkan di tempat yang sewajarnya, dan ia tidaklah harus digadaikan hanya semata-mata kerana inginkan kemerdekaan.

p/s : Ye ke tidak menggadaikan martabat Islam? Yang biar orang pijak rumah suci Allah tu? Masjid/surau pun nak dirobohkan.....Apa cerita?


No comments:

Post a Comment