Thursday, March 15, 2012

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan


Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

p/s : LPL sangat bersetuju dengan kenyataan Bung....mana-mana pemimpin yang rasa dah buat salah segerala letak jawatan supaya tak 'busuk'kan nama parti.....ni tak ada jugak pemimpim2 yang dah sah-sah salah tak berani nak angkat sumpah, tak berani nak kemukakan bukti, tapi tetap jugak 'ada hati' nak teruskan perjuangan kononnya memperjuangkan nasib rakyat tapi sebenarnya perjuangkan nasib diri sendiri....meluat dengan pemimpin macam ni......dah keluar masuk penjara masih xmalu........LETAK JE JAWATAN kan senang.....

No comments:

Post a Comment