Thursday, March 15, 2012

Jangan salahkan ibu Dirang.....


Anisah Kalam

Peniaga, Anisah Kalam, 35, berkata, dalam sehari mesti dua atau tiga kali mangsa, yang lebih mesra dipanggil Dirang, pergi ke kedai runcitnya, tetapi bersama abang atau ibu saudaranya.
Anisah yang sudah berniaga di flat itu enam tahun berkata, Dirang juga tidak keseorangan ketika bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.
“Saya minta tolong janganlah salahkan ibunya (Roselyn Alan) kerana sepanjang berniaga di sini Dirang tidak pernah (dibiarkan) bersendirian membeli gula-gula atau barang pesanan ibunya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Anisah berkata, Walaupun Dirang baru berumur lima tahun, kanak-kanak itu petah bercakap dan mesra dengan semua orang sehingga keletahnya diingati penduduk flat itu.
Menurutnya, Dirang tidak pergi ke kedainya tiga hari sebelum itu. “Pada hari itu saya pelik lihat Dirang sendirian ke kedai, malah baki wang 20 sen selepas membeli dua bungkus mi segera dan lima biji telur tidak dibelanjakan untuk membeli gula-gula seperti biasa. “Keletahnya seperti biasa yang gemar memberi salam sebelum masuk ke kedai. Saya juga suka mengusik dia kerana petah bercakap walaupun baru berusia lima tahun,” 

ps : Hurmmmmm...tu la kisahnya, ramai pihak menyalah ibu Dirang sebab kelalainnya 'melayari facebook' .... tapi kite kena dengar dari banyak pihak untuk tahu kisah sebenarnya. Memang sebenarnya susah nak kawal budak2 ni kan tambahan plak diorang ni pantang kite leka sikit je zuuuppppp...hilang !!! Apa-apa pun, kes arwah Dirang ni patut dijadikan iktibar untuk kita bersama. Al-Fatehah untuk arwah adik Dirang... amin.

No comments:

Post a Comment