Wednesday, February 22, 2012

Mat Sabu VS Bukit Kepong



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan tersebut atas alasan ia tidak melibatkan isu pokok bagi menentukan sama ada kes boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ia melibatkan isu sejarah. Menurutnya, kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad boleh dihukum mengikut seksyen tersebut semata-mata berdasarkan intipati kesalahan dan tidak berasaskan fakta sejarah. Selain itu, beliau memaklumkan bahawa hak membuat pendakwaan adalah terletak di tangan pendakwa raya, justeru hanya pihak pendakwaan boleh menarik balik, menolak atau mengetepikan pendakwaan.

 


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.


P/S : Memang tidak boleh diterima akal la kenyataan Mat Sabu ni...sejarah negara dikatakan bohong....dia ni sebenarnya yang buta sejarah...Cuba dengar balik apa yang dia sebut dalam sejarah ada UMNO tapi kenapa pada zaman tu xada PAS yang cuba mempertahankan tanah air sampai ke titisan darah terakhir macam orang2 UMNO? mana PAS masa tu? Lelaki yang dikatakan hero tu (Muhammad Indera) memang MELAYU tapi sebenarnya dia tali barut komunis...sapa komunis tu? pembela negara kita ke? Yang bunuh ramai orang2 kita tu sapa? komunis ke orang2 UMNO? apa la mat sabu ni.....KOt ye pun nak cari glamour jangan la putar belitkan kenyataan yang ada.....sekurang2nya bersyukurla pejuang2 UMNO (polis bukit kepong yg didakwa sbg org UMNO) tu yg berjuang selamatkan tanah air adalah MELAYU... kenang sikit jasa MELAYU..kalau tak sedar diri baik ko tu jangan mengaku sebagai MELAYU...buat malu jeee......

No comments:

Post a Comment