Thursday, March 8, 2012

Citer pasal FILEM la pulak....

BUNOHAN

Mula-mula aku tengok Poster filem ni mcam cantik jugak dia punya nilai estatik tu...wahhh, dasyat punya ayat aku guna. Aku pun try cari2 mengenai filem ni...mula2 tgk trailer macam best...... Hahhh, memang best la (bagi aku la). Filem tak la menampilkan pelakon2 muda dan terkenal (dengan gosip je) tapi jalan cerita dan pengolahan dalam trailer ni memang buat aku JATUH CINTA Maaa...kompom aku akan p tengok......hahahaa.


Diarahkan oleh pengarah sama dari filem “Dukun”, Dain Said, filem ini memberikan kepuasan dari segi koreografi dan sinematografi yang  mantap dan melekakan.

Filem ini mengisahkan tentang darah, kemelut keluarga, ilmu mistik, dan kepercayaan. Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang popular dan mantap iaitu Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Bront Palarae, Namron, Pekin Ibrahim, Shoffi Jikan dan juga Tengku Azura, mereka semua telah membawakan watak dengan begitu baik sekali dan jika dilihat, penghayatan yang mereka berikan seakan-akan watak didalam filem “Bunohan” adalah diri mereka yang sebenar.

Tidak hairanlah jika filem “Bunohan” mendapat sambutan yang tinggi diluar negara. Setakat ini, “Bunohan” telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.




No comments:

Post a Comment