Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hampir
empat jam gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang
melanda pentadbiran PAS Kedah
Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan
sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di
Alor Setar pada Sabtu ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS
akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk
Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan
itu.
"Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak
iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan maslah
ini.
"Kita bersetuju supaya apa pun perkara yang perlu diselesaikan,
insyaAllah kita akan bincangkan pada hari Sabtu nnati," katanya ketika
ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Kemelut politik pentadbiran Kerajaan PAS Kedah bermula apabila dua
exco, Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula ke
jawatan berkenaan. Phahrolrazi yang mengakui hubungan dengan Azizan berada pada tahap
kritikal telah meletakkan syarat jika Menteri Besar Kedah itu berhasrat
melantik beliau semula.
p/s : Selesaikan cara baik2 ye, jangan gaduh sebab 'puak-puak' lain tu dok perati dan dok tunggu masa ja nak terkam..... hehehehehe. Paham-paham la noh....
No comments:
Post a Comment