Tuesday, April 3, 2012

RON 97 Naik 10 sen



Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu. Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter. Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.


p/s : LPL banyak jugak dengar suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan kenaikan 10 sen ni kan, tapi nak buat macam mana harga terpaksa dinaikkan sebab situasi minyak dunia dah naik. Tapi Malaysia dikira antara negara yang minyaknya murah berbanding dengan negara lain...... Bagi yang mampu isi la RON 97, macam yang kurang mampu mcm aku ni guna jela RON 95...kite ada pilihan, lagi nak jimat...guna beskal xpayah pakai minyak... just minyak untuk rantai beskal je..muahahahahaha....





Adam Adli kena Tumbuk !!!

Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi seramai 433 keluarga telah turun untuk menyaksikan bermulanya era baru dalam kehidupan mereka, kerana pembangunan rumah baru mereka akan bermula. Tapi bila tiba di tapak, mereka disambut dengan ganas oleh samseng-samseng Pakatan yang dibawa oleh Nurul Izzah. 



Rundingan penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli yang mengaku ditumbuk. Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat. Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.


      (sumber : Click sini)

Hahahaha....memang aku gelak besar la dengar citer ni...padan muka Adam Adli ni..nak tunjuk hero sangat....apa macam bang? sedap kene belasah? nak lagi tak? Dahla kene gantung sem, ni buat hal lagi....kalau ikut undang-undang aku memang ko ni tak layak bergelar mahasiswa, tak layak dapat keje....biar ko rasa macam mana gelapnya masa depan ko... ikutla sangat Nurul Izzah tu, apa yang ko dapat?? ni ha ko dapat..........


Apa-apa pun kita layan video Adam Adli kena penumbuk...best punyerrr !!!



SAH !!! Safee Sali bercerai....huhuhu

 
SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media. Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.

“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi. Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya. Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu. Beliau mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya menarik semula perintah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana. Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi. Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai RM456,000 untuk tempoh setahun.
 
 
 p/s : LPL tak mau komen la pasai isu ni.....ni isu rumahtangga tak boleh nak kata apa... bila depa nak elok je dok ada, bila tak mau macam ni la jadinya... apa-apa pun sabarrrrrr jelaaa..

Monday, April 2, 2012

Janji telah di kota.........

Datuk Seri Najib Razak malam tadi memperincikan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan membawa mesej kerajaan pimpinannya sentiasa menepati janji dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Perdana Menteri menegaskan kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab dan tidak sekali-kali mahu membankrapkan negara dalam merangka sebarang dasar serta membelanjakan wang. Berpaksikan falsafah ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digariskan Najib selepas mengambil alih kepemimpinan negara tiga tahun lalu, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP dikenal pasti untuk dilaksanakan hasil maklum balas rakyat pada semua peringkat.
(untuk lebih lanjut : Click sini)



Kita mampu terus mengorak langkah ke depanKUALA LUMPUR: Malaysia mampu mengorak langkah ke hadapan apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) menunjukkan Malaysia sebagai negara dan rakyat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan latar belakang agama serta pandangan tetap mampu mencapai matlamat 1Malaysia.

Katanya, setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghasilkan kemajuan ketara dan pencapaian boleh dilihat dalam bidang menjadi keutamaan kepada rakyat.

“GTP terus meningkatkan kehidupan rakyat. Ia terbukti (kerana) apabila anda mencabar diri anda, hal dan perkara menakjubkan boleh berlaku.

“Keseluruhannya, kajian setahun (pelaksanaannya) menyaksikan satu lagi pusingan kemenangan besar,” katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011.

Muhyiddin berkata, tahun lalu menyaksikan jentera kerajaan mengekalkan tumpuan kepada matlamat bagi mencapai hasil lebih memberangsangkan dan menjelang penghujung tahun negara berjaya mencapai kejayaan besar. – BERNAMA

Suu Kyi VS Anwar Ibrahim?

“Nasib Suu Kyi hampir sama dengan nasib Anwar”,

Begitulah bunyi di twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan usaha menyamakan kedua-dua tokoh Burma dan Malaysia itu. Sebenarnya usaha menyamakan kedua tokoh ini adalah salah satu strategi ‘kumpulan pemikir Anwar’ yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) sejak dari tahun 2007 lagi. Anwar sendiri kelihatan bersungguh-sungguh mahu menyamakan dirinya dengan tokoh wanita dari Burma itu. (nak tau lebih lanjut : Click sini)

Rachel Motte, wartawan New Ledger menyifatkan Anwar Ibrahim dan Aung San Suu Kyi adalah tidak sama berdasarkan rekod peribadi kedua-dua tokoh tersebut. Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi,” tulis Motte, penulis New Ledger laman web berhaluan kanan di AS.

Menurut Motte, rekod peribadi Anwar sangat berbeza apa yang berlaku terhadap Suu Kyi, malah lanskap politik Malaysia dan Myanmar tidak langsung mempunyai persamaan. Ujarnya, Suu Kyi pernah dinobatkan dengan Anugerah Nobel pada 1991 atas usaha perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar. Ayahnya, Aung San yang terlibat dalam proses perundingan kemerdekaan Burma dari jajahan British pada 1947, telah dibunuh oleh musuh politiknya ketika Suu Kyi berumur dua tahun. (lebih lanjut : Click sini)



p/s : Tak paham sungguh, apa yang sama dengan Suu Kyi pun xtau.....dah sah-sah jantina memang la tak sama.... nak kata perjuangan sama? Jauh panggang dari api la...