Wednesday, March 28, 2012

Kisah Putera Awal & Princess Scha.....




Penonton program hiburan terbaru di tanahair yang bersiaran di Astro Riapropaganza
dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari secara tiba-tiba melamar kekasihnya Scha Al Yahya untuk dijadikan isteri.




Mereka muncul dalam program hiburan,propaganza sebagai tetamu jemputanReaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaanKetika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.


Seperti ramai yang tahu, hari ini (27/3/2012) adalah hari sidang media buat pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengenai tarikh perkahwinan mereka di Flora Cafe, Jalan Ampang Kuala Lumpur… Pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun bersepakat dan mengumumkan kepada media yang mereka berdua bakal dinikahkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside… Manakala majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 6 Mei 2012..




 

No comments:

Post a Comment