Thursday, March 15, 2012

Bila Izzah DSAI bersuara.....hahhahha....

"Hadkan kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas – Izzah"

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan cadangan pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974 supaya kuasa Perdana Menteri terhadap syarikat konglomerat itu dibataskan. “Petronas juga wajib membentangkan akaun perbelanjaan tahunan ke Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Pindaan tersebut antara tiga cadangan Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawakan Naib Presiden KEADILAN itu, termasuk antaranya pemansuhan serta-merta Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

“Akta drakonian dan lapuk ini dihapuskan untuk memastikan ada suasana bagi media bercambah, bebas dan adil,” katanya menjelaskan tugas media adalah pelapor berita dan maklumat seimbang kepada mana-mana parti politik. Manakala cadangan ketiga ialah  satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan melalui cadangan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012. “Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini bahawa, tak perlu diadakan pindaan kerana Malaysia mempraktikkan pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Perundangan.

“Yang penting ialah pelaksanaan pada pendirian ini. Kes VK Lingam misalnya – masih lagi bebas. Sedangkan ia bertentangan dengan etika kehakiman. Malangnya ia (kes) tak boleh dibawa ke mahkamah. “Bekas Ketua Hakim Negara sendiri akui bahawa mahkamah di Malaysia akur kepada kehendak ahli politik. Menteri di JPM mesti berikan jawapan jelas,” tegas Izzah. Dalam pada itu, Izzah turut mencadangkan sesi mingguan ‘Soal Jawab Perdana Menteri’ yang memberikan peluang kapada rakyat untuk menyoal langsung isu kenegaraan dan kerajaan. Ini kerana katanya, sehingga hari ini Najib masih belum bersedia untuk berdebat dengan Anwar mengenai dasar-dasar politik dan ekonomi. “Orang muda lebih kritikal. Mereka mahukan debat berlangsung. Sekurang-kurangnya kita fokus kepada isu rakyat,” katanya


No comments:

Post a Comment