Thursday, March 15, 2012

Kisah ARAK ....


 Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis hari jadi Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa. Ini kerana katanya, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman. “Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu? “Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis harijadi Najib?” soalnya. Berdasarkan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini,  Najib membayar RM20,700 untuk hidangan buffet 100 tetamu pada majlis harijadinya. Manakala lima gelen air itu diasingkan dengan harga keseluruhan RM750. “Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis harijadinya,” soalnya. Sementara itu, dalam sidang medianya, Faris memberitahu Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat surat dari pengurusan Hotel Shangrila yang menyatakan bil untuk majlis pertunangan anaknya itu dicaj kepada Najib. Segala dokumen itu turut diserahkan pihaknya kepada SPRM selain isu penggunaan wang rakyat melibatkan majlis hari lahir Najib pada 24 Julai tahun lalu.


p/s : Pertama sekali LPL mengucapkan tahniah kepada Keadilan Daily sebab pandai cari isu hot....tapi LPL nak jugak tahu :

1.  Betul2 ke arak tu dihidang?
2. Kalau betul, sila buktikan sebab LPL teringin jugak nak tahu.... LPL ni belah mana2 pun tidak sapa salah kiter tegur la kan...
3. Najib teguk ke arak tu? kalau ye sila la kemukakan bukti sahih......
4. dan.....LPL nak jugak tanya pasal ni....




"Korang ingat tak lagi pengikut PAS bising pasal kilang arak di Shah Alam dulu? Siap dorang letak gambar Tunku rasmi kilang arak tu dalam blog-blog dorang semua, kononnya nak tunjuk bahawa kerajaan ni tak Islam kerana luluskan kilang arak.

Bila Pak Menteri jelaskan arak tu untuk bukan Islam di negara ni, dorang tak pulak nak dengar tapi makin bising dorang meroyan. Maklumlah, benda macam tu kan boleh dorang politikkan.

Parti cap bulan ni berlakon kononnya doranglah paling maksum dan mengikut Islam. Dorang nak tunjuk yang dorang tu tak bertolak ansur dengan penjualan arak. Malah, dorang kalau boleh nak hapuskan terus arak ni. Berdosa katanya...

Tapi, itu janji dulu baii sebelum dorang dapat kuasa. Sekarang ni dah lain macam dah sebab walaupun dorang berjaya tawan negeri yang ada kilang arak tu, tak tutup-tutup kilang arak tu pun " -

No comments:

Post a Comment