Monday, July 23, 2012

Drama Air Selangor



Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Isu-isu Air Selangor telah menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, jawatankuasa tersebut mendapati ada beberapa perkara substantif dan membabitkan prosedur yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan negeri dan juga Syabas. Bagaimanapun, kerajaan akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara berhubung perkara tersebut secepat mungkin.

''Mesyuarat hari ini berpendapat walaupun ada peruntukan klausa 32 dalam perjanjian konsesi yang mengatakan dengan persetujuan Kerajaan Pusat, maka kerajaan negeri boleh mengambil alih pengurusan Syabas.
''Tetapi kita mendapat nasihat bahawa cadangan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa yang dianggap substantif dan prosedural gagal dipenuhi oleh kerajaan negeri dan juga Syabas," katanya.

Pada 19 Julai lalu, kerajaan negeri memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syabas. Cadangan pengambilalihan itu dibuat kerana kerajaan negeri mendakwa telah bersedia sepenuhnya untuk berbuat demikian serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.

Menurut Muhyiddin, antara perkara substantif tersebut adalah berhubung air tak berhasil (NRW) yang diletakkan di bawah tanggungjawab Syabas sebagaimana termaktub dalam perjanjian konsesi. Ia juga ada kaitan dengan kegagalan kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan kenaikan kadar tarif air pada tahun 2009.

Ucapan Ramadhan PM



Sangat berbeza pesanan yang disampaikan oleh PM dengan DSAI tadi ....dalam Ucapan Ramdhan pun masih lagi DSAI nak salahkan kerajaan guna duit rakyat, nampak sgt agama dijadikan medan untuk berpolitik..... semua yang dibuat orang lain tak betul dia je yang betul. Compared dgn ucapan PM ni langsung tak disentuh soal politik cuma perpaduan dan kesepakatan rakyat Malaysia terutama umat Islam dalam konsep bersatu padu.....kan ke ok kalau mcm tu..........

Perutusan Ramadan DSAI



Ibadah puasa sepanjang Ramadan tidak bererti jika amalan rasuah berterusan dan hak rakyat miskin dirampas, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Jangan ada rasuah, jangan ada amalan merampas, merompak kekayaan yang bukan hak kita. Apa erti ibadah Ramadan kalau rasuah berterusan, pengambilan tanah, balak, kontrak atau komisen yang bukan hak, diteruskan.
“Sebab itu, penghayatan Ramadan bukan setakat menahan lapar dahaga tetapi ke arah ketakwaan kepada-Nya,” kata beliau. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada perutusan sempena kedatangan Ramadan yang disambut seluruh umat Islam di dunia termasuk Malaysia.
Terdahulu, Anwar berkata, Islam menekan penghayatan Ramadan supaya derita rakyat dapat dirasakan dan amalan pembaziran dihenti, apatah lagi melibatkan wang negara yang diamanah.
Katanya, Ramadan harus meningkat kesedaran supaya lebih prihatin terhadap kesengsaan dan derita rakyat miskin, selain memperbanyak sedekah, amal jariah supaya meringankan beban rakyat yang derita.
“Mudah-mudahan ibadah dapat sempurnakan dengan menambah bacaan al-Quqan, munajat kepada-Nya. membaiki akhlak, menambah ilmu dan memastikan matlamat meningkat ketawaan.
“Mudah-mudahanjuga,  kita dapat menyempurnakannya supaya dapat mencapai darjat ketaqwaan kepada-Nya dengan lebih cemerlang dan memperoleh barakah,” katanya