Thursday, March 8, 2012

DEBAT Najib VS Anwar

PKR sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perdana menteri itu secara terbuka menyatakan kesediaan berdebat dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara. Najib berkata beliau sedia berdebat mengenai politik, menambah sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.


Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Najib wajar menerima tawaran debat Anwar yang dibuat pada tahun lalu tentang kedudukan ekonomi, Buku Jingga Pakatan Rakyat dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara.
“Justeru kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat masih lagi terbuka,” katanya dalam satu kenyataan. “Malangnya kami belum menerima sebarang jawapan daripada perdana menteri tentang tawaran itu.”

Justeru beliau mahu Najib menerima tawaran debat Anwar bagi membolehkan rakyat mendengar secara langsung dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. “PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkannya, melainkanlah Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tata kelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan,” katanya.

p/s : LPL rasa kali ni PM harus terima cabaran DSAI ni untuk berdebat walaupun kadang2 kita lihat DSAI saja je nk cari 'point' nak jatuhkan PM.... xpa, cuba dulu  mana tau PM ada 'serangan' baik punyerr yang tak mampu dipatahkan oleh DSAI. Sapa yang tak kenal dengan DSAI ni...'drama king' la katakan...dia ni kalau bab2 berdebat, berjanji manis dia yg NO.1... tapi HABUK PUN TARAK.... hehehee

No comments:

Post a Comment