Thursday, March 1, 2012

Cahaya Malaika MAWI ....



Artis popular, Asmawi Ani atau Mawi, 31, akhirnya memperkenalkan puteri sulungnya, Cahaya Malaika kepada umum hari ini. CAHAYA MALAIKA | Cahaya Malaika’, itulah nama yang diberikan oleh Mawi dan Ekin kepada puteri sulung mereka. Menurut Mawi yang dihubungi sebentar tadi, nama itu membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’ dan ia merupakan pilihannya dan Ekin.


"Pada awalnya saya ingin memperkenalkan anak dalam satu majlis kesyukuran tapi atas permintaan ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Cahaya Malaika, saya izinkan fotonya disiarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mawi berkata, keputusannya menyiarkan foto puteri sulungnya itu diharap dapat memuaskan hati peminat dan media. Artis itu sebelum ini tidak membenarkan pihak media merakam wajah anaknya itu yang dilahirkan pada 28 Februari lalu di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor. 
Ekin semasa hamil 4 bulan & mawi


P/S : Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Mawi dan Ekin atas kelahiran anak sulung mereka...hmmmm, akhirnya setelah 4 tahun dan 2 kali keguguran Mawi dapat CAHAYA MALAIKA..... hehehehe...ala tomey2 !!!

1 comment: