Thursday, March 1, 2012

Phahrolrazi VS Azizan

 

Sehubungan itu satu lagi mesyuarat khas yang akan dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal diadakan di Alor Setar pada Sabtu ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menyelesaikan kemelut yang semakin berlarutan itu.

"Kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Datuk Phahrolrazi untuk kita selesaikan maslah ini.
"Kita bersetuju supaya apa pun perkara yang perlu diselesaikan, insyaAllah kita akan bincangkan pada hari Sabtu nnati," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kemelut politik pentadbiran Kerajaan PAS Kedah bermula apabila dua exco, Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula ke jawatan berkenaan. Phahrolrazi yang mengakui hubungan dengan Azizan berada pada tahap kritikal telah meletakkan syarat jika Menteri Besar Kedah itu berhasrat melantik beliau semula.


 p/s : Selesaikan cara baik2 ye, jangan gaduh sebab 'puak-puak' lain tu dok perati dan dok tunggu masa ja nak terkam..... hehehehehe. Paham-paham la noh....



No comments:

Post a Comment