Wednesday, March 28, 2012

Jommmm....Layan lawak dulu !!!

Haahahaha.....kiter releks dulu...tenang2kan minda....
tarik nafasss...ok, layannnnnn


Ada lagi ni haaaa.......


Yang ni pulakkkkk.......



CEPAT, daftar Pemilih ......


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas. (untuk lebih lanjut : click sini)
p/s : warning dan peringatan dah bagi, lepas ni jangan pulak kata yang SPR xcakap apap2...sementara peluang masa ada pi la daftar pemilih ..... kang xpasal-pasal masa nak pilihan raya nanti muncul pulak "pengundi hantu"...... nak salah sapa pulak??

Lim Guan Eng Sudah hilang sabar !!!


GEORGETOWN - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat. Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju. Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.

“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti. Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara. (untuk lebih lanjut : click sini)

p/s : Dah......bil aorang tanya tak mau pulak jawab......xmau komen pulak. Nak tunggu 'wujud' bukti baru ke baru nak bersuara...atau amik masa nak cipta alasan dan bukti kononnya semua ni fitnah....!!! upsssss.....


Kisah Putera Awal & Princess Scha.....




Penonton program hiburan terbaru di tanahair yang bersiaran di Astro Riapropaganza
dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari secara tiba-tiba melamar kekasihnya Scha Al Yahya untuk dijadikan isteri.




Mereka muncul dalam program hiburan,propaganza sebagai tetamu jemputanReaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaanKetika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.


Seperti ramai yang tahu, hari ini (27/3/2012) adalah hari sidang media buat pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengenai tarikh perkahwinan mereka di Flora Cafe, Jalan Ampang Kuala Lumpur… Pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun bersepakat dan mengumumkan kepada media yang mereka berdua bakal dinikahkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside… Manakala majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 6 Mei 2012..




 

Tuesday, March 27, 2012

Artis !!! Dolu DAn SeKarANG


 Saje la nak hilangkan boring asyik baca artikel politik je kan....so, nak tnya korang pernah ke tengok gambar artis dulu dan sekarang? Jom kita layan perbezaan wajah artis malaysia dolu dan la ni.....

 Anita Baharom

Azhar Sulaiman 

Dafi

Elfira Loy
 

Faezah Elai

Fahrin Ahmad

Fara Fauzana

Fasha Sandha

Lisa Surihani

Mawi

Rozita Che Wan

Shahir AF

 

Siti Nurhaliza

Tiz Zakiah

Wardina

Umie Aida

Boleh tengok pelbagai lagi dalam blog ni, Credit to : Click sini

"Jangan BercakAP MengENai DSAI .....KALAU tidak, Kene Pukul "


KUALA LUMPUR 27 Mac - "Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul". Itu antara ugutan yang diberikan terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan oleh dua lelaki tidak dikenali, petang semalam. Ugutan itu diterima oleh Nallakaruppan hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap beliau dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual. Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa dia berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini, pukul 3 petang semalam. (sumber : click sini) iNI SEMUa sebab Kenyataannya ...... click sini (nak tau apa Nalla cakap?)

p/s : Perghhh, dasyat tu....kene ugut la bagai hanya sebab cakap psl DSAI ...uit, besar giler pengaruh DSAI ni..jangan carik pasal silap2 haribulan masuk ICU ..... uiii, gangsterisme nyerrrr....

DSAI dah xde modal dah.......

KUALA SELANGOR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak jentera Pakatan Rakyat (PR) melancarkan ‘perang’ terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek,” katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Dalam program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin yang melanjutkan pengajian di universiti, jika PR berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Kita batalkan semua PTPTN anak miskin tanpa mengira kaum apabila kita tadbir. Kerajaan mesti tanggung semuanya, kalau tidak cukup wang, kena jimat elektrik dan semua.

“Anak orang kaya boleh masuk, anak menteri senang dibiayai, tetapi anak orang kampong, pesawah pula berhutang masuk universiti. Belum kerja sudah berhutang. Tidak guna saya jadi Perdana Menteri kalalu hanya bebankan rakyat miskin, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini,” katanya.

Beliau turut berjanji untuk mengurangkan harga minyak dan tarif elektrik yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

“Kalau hari ini pilihan raya, keputusan diketahui malam. Dalam tempoh 24 jam kita akan umumkan harga minyak seluruh negara turun. (
Untuk berita lanjut : click di sini)

p/s : LPL dah bosan dengan apa yang selalu di'ulang suara'kan oleh DSAI. Asyik dok sebut benda sama je...nak turun minyak, nak turun minyak, pastu nk hapuskan PTPTN lak..... amboi, banyak nyer la duit DSAI mana dia dpt duit ye...........

'Rakyat tekankan ketelusan, bukan habuan wang'

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum 2008. Faekah menyifatkan BN sebagai "telunjuk lurus kelingking berkait" apabila tuduhan yang dilemparkan terhadap dibuat "tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat".

"Perdana menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, Umno-BN juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan. "Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait - hipokrit dan penuh kepura-puraan," katanya.

Kelmarin Najib yang juga pengerusi BN dilapor yakin sokongan
rakyat di Selangor terhadap parti itu semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya umum. Sambil mempersoalkan beberapa janji Pakatan yang didakwanya belum ditunaikan, Najib dilapor mengingatkan supaya rakyat di negeri itu tidak "ditipu sekali lagi".

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah mendakwa berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab. "Rakyat di negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai. Beliau bagaimanapun tidak mengulas perkara lain yang dibangkitkan Najib, antaranya dalam isu penurunan cukai perniagaan 10 peratus dan perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor. (rujuk : click sini)

p/s : Ye ke kenyataan dia ni? memang betul rakyat tekankan ketelusan tapi nak tanya la sikit PR ni telus ke? jujur ke? ikhlas ke memperjuangkan nasib rakyat? kalau betul la jujur kaji balik kenapa parti PKR ditubuhkan? bila ditubuhkan? nak bela nasib sapa sebenarnya? Ikhlas ke tu????

Sekurang-kurangnya nampak jugak apa yang kerajaan Najib buat tapi PR apa yg dapat? kekayaan selangor tu pun sebab hasil tinggalan BN dulu jugak, nak harap kekayaan mcm kat kelantan, apa yg dapat??? nak kata hapuskan tol..tapi tol Batu 3 masih ada lagi..... siapa yg tak telus ni?

Dulu, minah ni xdak apa2 jawatan pun...la ni sejak dilantik jadi setiausaha politik, mula la naik tocang...semua nak nama......dulu kalau betui2 perjuangkan hak rakyat awat xbukak mulut? la ni baru nk tunjuk pandai? sebab apa? dah dibagi jawatan dan bergaji lumayan masyukkkk dalam poket mula nk buat 'onar'........

2x5 = 10........

Thursday, March 15, 2012

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan


Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

p/s : LPL sangat bersetuju dengan kenyataan Bung....mana-mana pemimpin yang rasa dah buat salah segerala letak jawatan supaya tak 'busuk'kan nama parti.....ni tak ada jugak pemimpim2 yang dah sah-sah salah tak berani nak angkat sumpah, tak berani nak kemukakan bukti, tapi tetap jugak 'ada hati' nak teruskan perjuangan kononnya memperjuangkan nasib rakyat tapi sebenarnya perjuangkan nasib diri sendiri....meluat dengan pemimpin macam ni......dah keluar masuk penjara masih xmalu........LETAK JE JAWATAN kan senang.....

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa

Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu. Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi. Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini. Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya. Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu. “KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.


p/s : Huuuhh, respect la kat tok guru jadi maskot kelate....upsssss, buke maskot tapi "produk istimewa" kelate..ingatkan BUDU je produk istimewa kelate..cicah pah tu masuk mulut kunyah2, telan....sedakkkk weiii...tak pe la wat pe la sakit ati ke dio key...tahniah la tok guru...(tak sangka dah jadi produk ye tok guru)....produk pun produk la... : )

Kisah ARAK ....


 Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis hari jadi Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa. Ini kerana katanya, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman. “Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu? “Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis harijadi Najib?” soalnya. Berdasarkan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini,  Najib membayar RM20,700 untuk hidangan buffet 100 tetamu pada majlis harijadinya. Manakala lima gelen air itu diasingkan dengan harga keseluruhan RM750. “Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis harijadinya,” soalnya. Sementara itu, dalam sidang medianya, Faris memberitahu Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat surat dari pengurusan Hotel Shangrila yang menyatakan bil untuk majlis pertunangan anaknya itu dicaj kepada Najib. Segala dokumen itu turut diserahkan pihaknya kepada SPRM selain isu penggunaan wang rakyat melibatkan majlis hari lahir Najib pada 24 Julai tahun lalu.


p/s : Pertama sekali LPL mengucapkan tahniah kepada Keadilan Daily sebab pandai cari isu hot....tapi LPL nak jugak tahu :

1.  Betul2 ke arak tu dihidang?
2. Kalau betul, sila buktikan sebab LPL teringin jugak nak tahu.... LPL ni belah mana2 pun tidak sapa salah kiter tegur la kan...
3. Najib teguk ke arak tu? kalau ye sila la kemukakan bukti sahih......
4. dan.....LPL nak jugak tanya pasal ni....




"Korang ingat tak lagi pengikut PAS bising pasal kilang arak di Shah Alam dulu? Siap dorang letak gambar Tunku rasmi kilang arak tu dalam blog-blog dorang semua, kononnya nak tunjuk bahawa kerajaan ni tak Islam kerana luluskan kilang arak.

Bila Pak Menteri jelaskan arak tu untuk bukan Islam di negara ni, dorang tak pulak nak dengar tapi makin bising dorang meroyan. Maklumlah, benda macam tu kan boleh dorang politikkan.

Parti cap bulan ni berlakon kononnya doranglah paling maksum dan mengikut Islam. Dorang nak tunjuk yang dorang tu tak bertolak ansur dengan penjualan arak. Malah, dorang kalau boleh nak hapuskan terus arak ni. Berdosa katanya...

Tapi, itu janji dulu baii sebelum dorang dapat kuasa. Sekarang ni dah lain macam dah sebab walaupun dorang berjaya tawan negeri yang ada kilang arak tu, tak tutup-tutup kilang arak tu pun " -

Bila Izzah DSAI bersuara.....hahhahha....

"Hadkan kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas – Izzah"

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan cadangan pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974 supaya kuasa Perdana Menteri terhadap syarikat konglomerat itu dibataskan. “Petronas juga wajib membentangkan akaun perbelanjaan tahunan ke Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Pindaan tersebut antara tiga cadangan Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawakan Naib Presiden KEADILAN itu, termasuk antaranya pemansuhan serta-merta Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

“Akta drakonian dan lapuk ini dihapuskan untuk memastikan ada suasana bagi media bercambah, bebas dan adil,” katanya menjelaskan tugas media adalah pelapor berita dan maklumat seimbang kepada mana-mana parti politik. Manakala cadangan ketiga ialah  satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan melalui cadangan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012. “Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini bahawa, tak perlu diadakan pindaan kerana Malaysia mempraktikkan pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Perundangan.

“Yang penting ialah pelaksanaan pada pendirian ini. Kes VK Lingam misalnya – masih lagi bebas. Sedangkan ia bertentangan dengan etika kehakiman. Malangnya ia (kes) tak boleh dibawa ke mahkamah. “Bekas Ketua Hakim Negara sendiri akui bahawa mahkamah di Malaysia akur kepada kehendak ahli politik. Menteri di JPM mesti berikan jawapan jelas,” tegas Izzah. Dalam pada itu, Izzah turut mencadangkan sesi mingguan ‘Soal Jawab Perdana Menteri’ yang memberikan peluang kapada rakyat untuk menyoal langsung isu kenegaraan dan kerajaan. Ini kerana katanya, sehingga hari ini Najib masih belum bersedia untuk berdebat dengan Anwar mengenai dasar-dasar politik dan ekonomi. “Orang muda lebih kritikal. Mereka mahukan debat berlangsung. Sekurang-kurangnya kita fokus kepada isu rakyat,” katanya


Belon panas Putrajaya.....Jom pi tengok


Untuk keterangan lanjut sila click : http://www.myballoonfiesta.com/

The Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta is a home grown event that seems to have gained interest from the public and media. The uniqueness of the event draws everyone from all around Malaysia and neighboring countries. For the past 3 years, we have exhibited hot air balloon shows and other aviation sports to the public. It encourages family togetherness by having fun with variety of activities for all ages. Held during school holidays, it is the perfect time for a quick family getaway. Corporates has also taken opportunity to introduce new products, give out product samples, increase brand awareness and even increase sales for their product during the 4 days event.




Jangan salahkan ibu Dirang.....


Anisah Kalam

Peniaga, Anisah Kalam, 35, berkata, dalam sehari mesti dua atau tiga kali mangsa, yang lebih mesra dipanggil Dirang, pergi ke kedai runcitnya, tetapi bersama abang atau ibu saudaranya.
Anisah yang sudah berniaga di flat itu enam tahun berkata, Dirang juga tidak keseorangan ketika bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.
“Saya minta tolong janganlah salahkan ibunya (Roselyn Alan) kerana sepanjang berniaga di sini Dirang tidak pernah (dibiarkan) bersendirian membeli gula-gula atau barang pesanan ibunya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Anisah berkata, Walaupun Dirang baru berumur lima tahun, kanak-kanak itu petah bercakap dan mesra dengan semua orang sehingga keletahnya diingati penduduk flat itu.
Menurutnya, Dirang tidak pergi ke kedainya tiga hari sebelum itu. “Pada hari itu saya pelik lihat Dirang sendirian ke kedai, malah baki wang 20 sen selepas membeli dua bungkus mi segera dan lima biji telur tidak dibelanjakan untuk membeli gula-gula seperti biasa. “Keletahnya seperti biasa yang gemar memberi salam sebelum masuk ke kedai. Saya juga suka mengusik dia kerana petah bercakap walaupun baru berusia lima tahun,” 

ps : Hurmmmmm...tu la kisahnya, ramai pihak menyalah ibu Dirang sebab kelalainnya 'melayari facebook' .... tapi kite kena dengar dari banyak pihak untuk tahu kisah sebenarnya. Memang sebenarnya susah nak kawal budak2 ni kan tambahan plak diorang ni pantang kite leka sikit je zuuuppppp...hilang !!! Apa-apa pun, kes arwah Dirang ni patut dijadikan iktibar untuk kita bersama. Al-Fatehah untuk arwah adik Dirang... amin.

Thursday, March 8, 2012

Citer pasal FILEM la pulak....

BUNOHAN

Mula-mula aku tengok Poster filem ni mcam cantik jugak dia punya nilai estatik tu...wahhh, dasyat punya ayat aku guna. Aku pun try cari2 mengenai filem ni...mula2 tgk trailer macam best...... Hahhh, memang best la (bagi aku la). Filem tak la menampilkan pelakon2 muda dan terkenal (dengan gosip je) tapi jalan cerita dan pengolahan dalam trailer ni memang buat aku JATUH CINTA Maaa...kompom aku akan p tengok......hahahaa.


Diarahkan oleh pengarah sama dari filem “Dukun”, Dain Said, filem ini memberikan kepuasan dari segi koreografi dan sinematografi yang  mantap dan melekakan.

Filem ini mengisahkan tentang darah, kemelut keluarga, ilmu mistik, dan kepercayaan. Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang popular dan mantap iaitu Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Bront Palarae, Namron, Pekin Ibrahim, Shoffi Jikan dan juga Tengku Azura, mereka semua telah membawakan watak dengan begitu baik sekali dan jika dilihat, penghayatan yang mereka berikan seakan-akan watak didalam filem “Bunohan” adalah diri mereka yang sebenar.

Tidak hairanlah jika filem “Bunohan” mendapat sambutan yang tinggi diluar negara. Setakat ini, “Bunohan” telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.




SELAMANYA....HARIMAU MALAYA !!!


Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah
Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya



DEBAT Najib VS Anwar

PKR sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perdana menteri itu secara terbuka menyatakan kesediaan berdebat dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara. Najib berkata beliau sedia berdebat mengenai politik, menambah sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.


Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Najib wajar menerima tawaran debat Anwar yang dibuat pada tahun lalu tentang kedudukan ekonomi, Buku Jingga Pakatan Rakyat dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara.
“Justeru kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat masih lagi terbuka,” katanya dalam satu kenyataan. “Malangnya kami belum menerima sebarang jawapan daripada perdana menteri tentang tawaran itu.”

Justeru beliau mahu Najib menerima tawaran debat Anwar bagi membolehkan rakyat mendengar secara langsung dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. “PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkannya, melainkanlah Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tata kelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan,” katanya.

p/s : LPL rasa kali ni PM harus terima cabaran DSAI ni untuk berdebat walaupun kadang2 kita lihat DSAI saja je nk cari 'point' nak jatuhkan PM.... xpa, cuba dulu  mana tau PM ada 'serangan' baik punyerr yang tak mampu dipatahkan oleh DSAI. Sapa yang tak kenal dengan DSAI ni...'drama king' la katakan...dia ni kalau bab2 berdebat, berjanji manis dia yg NO.1... tapi HABUK PUN TARAK.... hehehee

DSAI kata SBPA batal kerana Pakatan???


GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan. “Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa".

“Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini,” katanya. Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.

“Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja. “Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak­yat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India. (rujuk: http://www.sinarharian.com.my/politik/sbpa-batal-kerana-pakatan-kata-anwar-1.30615)


p/s : Ye ke sebab PR? Kalau sebab PR awatnya xkecoh pun? amboi lepaih pengumuman ni semua sebab depa la.....Nak bagitau sikit ini semua sebab RAKYAT la..... sebab ia keluaq dari mulut PM dan bukannya keluar dari mulut DSAI.......Yela, memang mengaku je DSAI apa saja yg PM buat semua salah hak depa salah xnampak..... cuba realisasikan janji2 Pilihan raya dulu tu...banyak lagi tak tertunai, ni dok cari salah orang je.... haiii, kesian PR agaknya dah xdak modal la nk cari isu ni........hmmmmmm...

SBPA Batal !!!

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan. Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - Petikan BERNAMA

p/s : Ramai jugak penjawat awam yang menarik nafaz lega dengan pengumuman ini. Hmmmm, tak kurang juga yang masih berharap dengan pelaksanaan SBPA..apa2  pun ada hikmah disebalik apa yang berlaku...hehehheh

Thursday, March 1, 2012

Sebenar VS Palsu (Surat Tun Mahathir kepada Isreal)

Bila Kerajaan bagitau nak tunjuk surat sebenar yang dihantar oleh mantan PM kita DR.M kepada Israel baru-baru ni, ada sesetengah pihak yang memandai pulak buat surat palsu yang kononnya itu surat sebenar. 


Itu semua sebenarnya putar belit daripada pihak pembangkang la ni.... Di sini ada pendedahan surat sebenar dengan surat palsu yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab :

SURAT SEBENAR






 SURAT PALSU YANG DIEDARKAN


Nampak sangat menipunya.Kot ye nak menipu pun tak kanla tarikh  surat kat bawah tu tak tukar..... banyak sangat perbezaannya tu ....... LPL malas nk amik kesah dengan depa2 ni sebabnya depa2 ni kompom jenis yang suka fitnah orang tapi tak profesional..ahakzzz.. memalukan industri pemfitnahan sahaja.....hadoiyai...