Tuesday, March 27, 2012

'Rakyat tekankan ketelusan, bukan habuan wang'

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum 2008. Faekah menyifatkan BN sebagai "telunjuk lurus kelingking berkait" apabila tuduhan yang dilemparkan terhadap dibuat "tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat".

"Perdana menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, Umno-BN juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan. "Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait - hipokrit dan penuh kepura-puraan," katanya.

Kelmarin Najib yang juga pengerusi BN dilapor yakin sokongan
rakyat di Selangor terhadap parti itu semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya umum. Sambil mempersoalkan beberapa janji Pakatan yang didakwanya belum ditunaikan, Najib dilapor mengingatkan supaya rakyat di negeri itu tidak "ditipu sekali lagi".

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah mendakwa berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab. "Rakyat di negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai. Beliau bagaimanapun tidak mengulas perkara lain yang dibangkitkan Najib, antaranya dalam isu penurunan cukai perniagaan 10 peratus dan perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor. (rujuk : click sini)

p/s : Ye ke kenyataan dia ni? memang betul rakyat tekankan ketelusan tapi nak tanya la sikit PR ni telus ke? jujur ke? ikhlas ke memperjuangkan nasib rakyat? kalau betul la jujur kaji balik kenapa parti PKR ditubuhkan? bila ditubuhkan? nak bela nasib sapa sebenarnya? Ikhlas ke tu????

Sekurang-kurangnya nampak jugak apa yang kerajaan Najib buat tapi PR apa yg dapat? kekayaan selangor tu pun sebab hasil tinggalan BN dulu jugak, nak harap kekayaan mcm kat kelantan, apa yg dapat??? nak kata hapuskan tol..tapi tol Batu 3 masih ada lagi..... siapa yg tak telus ni?

Dulu, minah ni xdak apa2 jawatan pun...la ni sejak dilantik jadi setiausaha politik, mula la naik tocang...semua nak nama......dulu kalau betui2 perjuangkan hak rakyat awat xbukak mulut? la ni baru nk tunjuk pandai? sebab apa? dah dibagi jawatan dan bergaji lumayan masyukkkk dalam poket mula nk buat 'onar'........

2x5 = 10........

No comments:

Post a Comment