Wednesday, March 28, 2012

CEPAT, daftar Pemilih ......


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas. (untuk lebih lanjut : click sini)
p/s : warning dan peringatan dah bagi, lepas ni jangan pulak kata yang SPR xcakap apap2...sementara peluang masa ada pi la daftar pemilih ..... kang xpasal-pasal masa nak pilihan raya nanti muncul pulak "pengundi hantu"...... nak salah sapa pulak??

No comments:

Post a Comment