Wednesday, February 22, 2012

Mat Sabu VS Bukit Kepong



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan tersebut atas alasan ia tidak melibatkan isu pokok bagi menentukan sama ada kes boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ia melibatkan isu sejarah. Menurutnya, kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad boleh dihukum mengikut seksyen tersebut semata-mata berdasarkan intipati kesalahan dan tidak berasaskan fakta sejarah. Selain itu, beliau memaklumkan bahawa hak membuat pendakwaan adalah terletak di tangan pendakwa raya, justeru hanya pihak pendakwaan boleh menarik balik, menolak atau mengetepikan pendakwaan.

 


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.


P/S : Memang tidak boleh diterima akal la kenyataan Mat Sabu ni...sejarah negara dikatakan bohong....dia ni sebenarnya yang buta sejarah...Cuba dengar balik apa yang dia sebut dalam sejarah ada UMNO tapi kenapa pada zaman tu xada PAS yang cuba mempertahankan tanah air sampai ke titisan darah terakhir macam orang2 UMNO? mana PAS masa tu? Lelaki yang dikatakan hero tu (Muhammad Indera) memang MELAYU tapi sebenarnya dia tali barut komunis...sapa komunis tu? pembela negara kita ke? Yang bunuh ramai orang2 kita tu sapa? komunis ke orang2 UMNO? apa la mat sabu ni.....KOt ye pun nak cari glamour jangan la putar belitkan kenyataan yang ada.....sekurang2nya bersyukurla pejuang2 UMNO (polis bukit kepong yg didakwa sbg org UMNO) tu yg berjuang selamatkan tanah air adalah MELAYU... kenang sikit jasa MELAYU..kalau tak sedar diri baik ko tu jangan mengaku sebagai MELAYU...buat malu jeee......

Dua Kapal Israel di Port Klang




Heboh pasal kapal Israel berlabuh kat Port Klang kononnya ada kaitan dengan kerjasama perdagangan OMNO / BN dengan Israel..... ini di petik dari blog milosuam :


Ni sedutan je nak lanjut layari la blog mamat poyo ni. Tapi yang aku peliknya tu kenapa kapal ni ada kat pelabuhan Klang ye? Klang kan di bawah pemerintahan PR.... takkan la orang2 PR xperasan kot kapal tu berlabuh, kalau pemerintah PR kat Selangor tu perasan yang kapal2 ni berlabuh atas nama kerjasama dengan UMNO / BN mesti kapal2 tu dah kene halau dan diharamkan berlabuh kat sana. Ni tidak !!! ELOK JE KAPAL TU BERLABUH..... adakah dengan keizinan pemimpin2 PR?

Ishhhh, kalau ni kerja2 BN / UMNO kenapa la puak2 penyokong tegar PR ni xpantau dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang nak perbesarkan hal ni?  Adakah sebab selepas kenyataan DSAI? lagi satu cuba tengok tarikh kat video tu betul2...kalau xsilap baru2 ni je kan? Rasanya kejadian ni berlaku semasa dalam pemerintahan PR kan...... PR ni sapa dia punya 'leader' ? DSAI kan? so xheranla kalau kapal ni boleh berlabuh kat port klang dengan arahan DSAI..... heheheheh..... Lain kali kalau nk kata orang "United Malays No Otak" (UMNO).....sedarla diri tu dulu PAS - Parti Angguk Saja (Mengiyakan semua benda yg DAP mintak...angguk je) & PKR - Parti Kelentong Rakyat (asyik kene kelentong je dengan Anwar...)


p/s : Nak cari salah orang, terkene batang idung sendiri...kesian penyokong2 PR Ni .....

Tuesday, February 21, 2012

Bai'ah dalam PAS

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau. Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”. Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.  “Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.  Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.

Bai’ah bermaksud "perjanjian atau sumpah setia untuk menyatakan kesediaan untuk selalu mematuhi dan setia dengan janji yang diikrarkan".

Lafaz Baiah

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :

1.   Apa yang dikhususkan kepada khalifah negara
      Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni
      maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak Islam.

2.   Apa yang dikhususkan kepada umat Islam.      Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara
       setakat mana kemampuan mereka.

Setelah kita meyakini pemimpin kita dengan menepati konsep wala’ yang ditetapkan oleh Syara’ tadi, maka wajib kita memberi bai’ah kepadanya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung ialah dengan melafazkan ikrar kesetiaan dan ketaatan di hadapannya. Secara tidak langsung ialah dengan mentaatinya dalam segala arahan yang diberikan - selagi tidak menyanggahi Syara’- walaupun tanpa dilakukan ikrar dihadapannya.
Jika dilihat kepada bai’ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai’atul Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai’ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli harakah iaitu;
1. Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

2. Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke
     titisan darah yang terakhir.

Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai bai’atul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam bai’ah tersebut Rasulullah s.a.w. mengambil bai’ah dari Ansar dalam perkara berikut;

1.Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
2.Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.
3.Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.
4.Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.
 Jelas bahawa bai’ah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam, tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan. Namun dalam bai’ah berikutnya iaitu bai’atul ‘Aqabah kedua pada tahun ke 13 nubuwwah, kandungan bai’ah ialah;

1. Dengar dan patuh kepada arahan nabi s.a.w. sama ada diwaktu rajin atau malas.
2. Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu senang atau susah.
3. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
4. Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun.
5. Memberi pertolongan kepada Nabi s.a.w. apabila baginda sampai di Madinah dan
    mempertahannya sama seperti mempertahankan diri sendiri, isteri dan anak-pinak.
    (Riwayat dari Jabir r.a.).



p/s : Bukan ke perjuangan PAS sekarang dah memang tersasar dari perjuangan sebenar? Kata nak perjuangkan Islam berhabis-habisan tapi mcm mana lak azan pun dah kene slow kat penang? masjid dah kene roboh kat kedah? waktu maghrib lak pi nyalakan api ikut agama lain? ishhh, perjuangan yang macam mana ni? Saya xpaham laa.... mula2 tu sokong gak PAS tapi mengenangkan perjuangan yang dah terseleweng ni ishhh, xsanggup la nk sekongkol lagi dah......huhuhuhuh

"SAYA SAYANG ISLAM"

Thursday, February 16, 2012

Bunga Punya Cerita....

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. (Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8028-najib-gadai-akidah-hadir-thaipusam-harussani)

  Macam mana pulak hukumnya dengan pemimpin sorang ni?
 
 Pemimpin yang ni pulak???Dok nampak puak2 UMNO/BN je yang buat salah? Tapi bila pemimpin-pemimpin PR buat salah awatnya xtegur? Awat depa tu halal ke untuk buat apa pun? Kalau UMNO/BN penuh kat blog, itu salah ini salah.....sebenarnya sama je..2x5...

nak kata orang lain kali cermin diri tu dulu.......



Thursday, February 9, 2012

Ni ceramah agama ke ceramah politik?




Aku dah lama dok perati Ustaz sorang ni...baguih dia ceramah, kononnya nak dekatkan agam dengan anak muda...tapi yang xbestnye tu.....nape dalam ceramah agama ada unsur2 politik? Dok ngata2 pemimpin lak tu? kan ke dalam ISLAM kene hormat pemimpin kite? Ustaz ni betui ke tak ni? Lagi 1 yang syoknya, bagusla dia puji Dr Mahathir bawa pembangunan kepada Malaysia (memang xleh dinafikan la)...... pastu compare dengan najib lak.....Cuba dia tanya apa yng Nik AZIZ bangunkan kat kelantan selama berpuluh-puluh tahun? Apa yang PR bangunkan kat kedah? ROBOHKAN masjid adala utk buat shopping complex.....Ada bandar puteri jaya ke kat Kelantan? Kalau kat Sungai Petani Kedah ada.....Bandar Puteri Jaya (titik peluh UMNO/ BN jugak)... Selangor ada airport - KLIA, Penang pun ada airport....kedah pun ada airport....tapi tu semua usaha kerajaan BN ..... kalau ada litar sepang tu pun BN punya.......

Ciri-Ciri Ulama’ : 

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya...


 Aku tengok ustaz ni dah menggunakan ilmunya untuk memporak porandakan orang je.... lebih kepada nak hasut org ke arah politik... lagi satu, dai tidak sabar dalam majlis ilmunya dan tidak beradab dengan mengeluarkan kata2 kesat seperti " bodo mcm lembu".... "xde otak"..dll....hmmmmm, mcm mana leh jadi ustaz ni...jgn harapkan janggut panjang dan kopiah putih je.......











Statement Anwar.....baik punyerrr !!!





1.            Statement DSAI : “Kalau sokong PR, hari ni memerintah esok?
1.      Barang turun harga
2.      Minyak turun harga

p/s : Takkan 2 ni je  kot yang dok dibebelkan oleh pembangkang?? Kalau setakat 2 benda ni je ‘budak tak tumbuh gigi’ pun boleh cakap….. setiap kali ceramah 2 benda ni yang dok disebut…apa barang?
Realitinya : Kalau PR turunkan harga barang pun, kompom ke peniaga2 / pemborong xkan naikkan harga walaupun harga barang dunia naik??? PR boleh bagi gerenti ke???

2.            Statement DSAI : “Melayu miskin, India di estet…u ingat sebab Cina ke? India miskin sebab Melayu ke? Melayu miskin sebab Cina? Dan India miskin sebab Melayu? Takkkkk…sebab pemimpin yang tak jaga“

Realitinya : Pemimpin mana yang tak jaga tu? Kalau betul la Melayu, Cina dan India ni miskin ramai dah yang jadi peminta sedekah tepi-tepi jalan….la ni kalau tengok kat estet bukan takat India je, Melayu pun ramai….. cuba tengok yang jadi doktor? Peguam? Guru? Melayu saja ke? Kalau pemimpin BN ni tak jaga, memang tak ada la bantuan RM500, bantuan itu bantuan ini….. setakat BN memerintah ni rakyat tak ada lagi yang kebulur macam mat Somalia tu…..semua dapat pelajaran, semua ada hak nak jadi doktor dan peguam…semua ada hak untuk dapat bantuan rumah, semua ada hak untuk dapat kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh BN….tapi PR? Apa yang rakyat dapat? Kalau kat Selangor ye….dapat air free? Negeri lain???????

3.            Statement DSAI : Sedara pilih nak setiap bulan rm900 minimum atau nak setiap bulan di bawah pakatan rakyat rm1,000 minimum? – Gaji bagi kakitangan awam
Realitinya : Tak payah la nak tggu PRU-13 kalau betul2 nak laksanakan. Buat dulu …. Bagi gaji RM1,000 (bonus) kepada kakitangan awam yg kerja bawah kerajaan neger (pembangkang) mcm kat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Cuba dulu turunkan harga barang bagi negeri2 ni…. Ni tak…cakap je lebih… duit nak biayai kempen pilihan raya PR pun pinjam dari luar…banyak sangat ke duit DSAI? Mana dapat?? 

BN gadai tanah Orang Melayu???? Ye ke.....

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana khas berhubung isu penggadaian tanah orang-orang Melayu di negara ini oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).   Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.  Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang), Mohd Nasaie Ismail berkata, tujuan ceramah itu diadakan bagi mendedahkan usaha penggadaian tanah rakyat Malaysia, khususnya tanah-tanah Felda dan Felcra, oleh pemerintah Barisan Nasional.

Menurutnya, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, selain itu, beberapa penceramah lain yang pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, turut terlibat. "Di antaranya ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Tak Kee Kong, bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramli Buyung dan Presiden Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.  Sehubungan itu, orang ramai di seluruh Lembah Klang terutamanya dijemput hadir untuk mengikuti ceramah tersebut bagi memahami secara dekat masalah penggadaian tanah rakyat Malaysia oleh pihak Umno BN.  Katanya, tindakan penggadaian tanah orang-orang Melayu, khususnya dalam Felda, kini amat giat dilakukan oleh pihak Umno BN menerusi pihak pentadbiran organisasi tersebut melalui usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.  (Rujukan : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8000-ceramah-khas-dedah-bn-gadai-tanah-orang-melayu)



P/S : Ishhhh, xpaham betul la...apa?? BN gadai tanah orang melayu? FELDA? FELCRA? abih tu yang hampa dok makan duit kerajaan bagi 'durian runtuh' khusus kepada felda dan peneroka tu apekejadahnya tu? Duit amik tapi mulut dok bising kata BN gadai tanah melayu...apa punya tut la depa ni.......Rasa2 aku la orang felda dan peneroka yang paling banyak dapat imbuhan / durian runtuh/ bonus berbanding dengan pesawah, motong getah.... bila masa lak BN gadai tanah Orang melayu? Kalau betui la, dah lama dah orang cina dan india yang jadi peneroka felda tapi orang melayu gak yang majoritinya jadi peneroka felda ni......sapa yang gadai sebenarnya ni? Bukan ke PR ke yang gadai maruah bangsa sendiri semata-mata sebab 'kuasa' dan 'pangkat' dalam politik kotor mereka???



TANPA BN......mereka takkan berjaya seperti hari ini !!!



Ha, tu dia....depa ni memang betul2 makan hasil usaha orang lain pastu dapat income sikit mula nk 'mengokok' kononnya depa yang tarik pelabur sampai pendapatan negeri mencecah berbilion ringgit.....Eleh, 'awok' tu sebenarnya makan hasil orang je.....tu pun nak bangga diri.....Cuba tengok negeri Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh PAS (PR), apa yang rakyat dapat??? dapat tengok masjid dirobohkan....dapat tengok tanah digondol abis...dapat tengok sampah melonggok kat tepi jalan....dapat apa lagi??? Dapat air free ke mcm kat negeri Selangor? Dapat bantuan PPRT ke mcm yang kerajaan BN buat dulu? Dapat ke??? BN punya usaha memang nampak nak tolong rakyat tapi PR? apa yang ada??? 



P/S : Bestkan dapat bantuan RM500, bantuan rumah PPRT, anak2 sekolah dah xkene yuran, dapat buku teks free....Ini la baru 'berkebajikan' namanya...bukan setakat dok canang je..tapi LAKSANAKAN !!!!!

Wednesday, February 8, 2012

BN VS PAKATAN








 Ha, ni baru sikit sketsa yang di 'lakonkan' oleh Pakatan.....memang DRAMA KING la depa ni.... cakap nk bagi TAWAS la bantuan pelajaran la, nak hapuskan tol la, nak bagi minyak free la, nak bagi rumah la, tanah la, bagai2 la janji depa ni tapi yang dok dengar satu je .... AIR FREE ...tu je? kalau setakat bagi air free untuk satu negeri je memang mudah la.....Tapi try tengok kalau bagi FREE untuk satu negara iaitu Malaysia tercinta ni, apa cerita?? ada bran? 

Best jugak kalau Pakatan menang kan sebab nanti GERENTI punya rakyat akan dapat bantuan macam2....contohnya :

1. Kompom barang takkan naik harga...
2. Kompom tol akan dihapuskan...
3. Kompom minyak dapat free....
4. Kompom surau-surau / masjid-masjid dapat peruntukan banyak...
5. Kompom TADIKA akan terbela....
6. Kompom kadar kemiskinan sifar....
7. Kompom xde maslaah sosial...
8. Kompom pusat judi tutup...
9. Kompom kilang arak tutup...
10. Kompom rumah urut pun tutup...
11. Kompon jadi negara berkebajikan...
12. Kompom rakyat dapat bantuan RM beribu2...
13. Kompom jalan licin je, xde lubang2...xpecah2...
14. Kompom jadi NEGARA ISLAM....


hmmmm...kompom ke???






 

Ada Umno, Ada Kerosakan (1)





Ada UMNO, ada kerosakan....macam la PAS dan PR ni tak pernah buat kerosakan. Dah banyak dah kerosakan sosial, minda, akhlak yang dibawa oleh PAS dan PR. Mana tidaknya,dok mencaci cela orang sana sini...tu orang-orang yang tau hukum tu...fitnah orang sana sini, jatuhkan hukum kat orang, mengeji orang kononnya sapa2 yang jadi pengikut UMNO ni kafir. Sapa depa nak tentukan seseorang tu kafir ke idak ke...Nauzubillah, sampai macam tu sekali. Bencinya PAS kat UMNO sampai sanggup menghina maruah bangsa dan agama sendiri......kan ke Umat Islam itu semuanya bersaudara? Kalau UMNO ada buat salah apa salahnya tegur secara profesional dan bukannya mengata yang bukan2 bukan dan menggelarkan orang lain dengan gelaran yang bukan2...umpamanya gelaran seperti :


1. Polis = Anjing BN/UMNO
2. Pengikut UMNO/ BN = Kafir
3. Mahathir = Maha fir'aun

macam-macam lagi la tuduhan-tuduhan yang tidak berasas...kalau nak berpolitik biarlah secara politik bersih dan bukannya kotor. Konon nak perjuangkan BERSIH tapi PR tu sendiri yang kotor, macam mana nk jadi BERSIH pulak? BERSIH kan diri tu dulu sebelum nak kata orang ni KOTOR.....



p/s : " Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang-orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"

Sebab-sebab mendorong seseorang itu mengumpat :-

1. Ingin melenyapkan kemarahan :-

Apabila marahkan seseorang dilepaskan dengan menceritakan keburukan @ KELEMAHAN orang yang dimarahi, didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan.

2. Kemegahan Hati :-

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

3. kedengkian :-

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji. Jadi ia mencari kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak dipuji.

4. Saja suka-suka:-

Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada manfaatnya iaitu memeriahkan suasana dengan bercakap atau bercerita tentang hal orang lain

5. Penghinaan :-

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sombong, dan sifat tinggi diri yang tiada terbatas.

6. Sifat-sifat lain :-

Sukar dianalisis banyak sebab tetapi semuanya yang lahir akibat tipu daya syaitan yang BERJANJI ingin menyesatkan umat.

Hukum Mengumpat :-

Mengumpat dengan hati yang mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama HARAM dengan mengata orang secara lisan. Ini dilarang keras sebagaiman firman
ALLAH swt ;-

"Hai orang-orang beriman jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah DOSA"

Oleh itu jika ada satu bisikan dalam hati ingin bersangka buruk kepada orang lain baiklah tolak sahaja dan cepat-cepat beristighfar.

Kerajaan Selangor Kayo !!!.....

Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini. Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit. 




Apo tak kayonyer pulak kan....duit hasil peninggalan BN dulu pun dorang masih gunakan jugak. Penat2 BN carik duit, depa jugak yang rasa hasil 'penat lelah' tu. Tambahan pulak duit dari hasil2 yang dulunya PAS kata HARAM tu akhirnya depa 'makan' jugak....dah jadi HALAL dah kot. Tak tau la pulak dalam Islam hukum hakam boleh buat 'main-main' oleh puak2 PAS ni sejak2 dah kerjasama dgn PKR (PR).


 Ni satu bab lagi ni, kalau dulu 'air kencing setan' ni uiiiii mak aiiii......HARAM, dah memang diharamkan pun dalam agama Islam. Tapi bak kata PAS, duit BN haram sebab ada unsur-unsur gharar dalam hasil pendapatan tu. Yela, kan masa tu depa kata sebab dapat hasil daripada judi, jual arak, dll....tapi la ni tengokla sapa makan duit haram pulak? Awat kerajaan Selangor pimpinan PAS (PR) tak tutup je kilang arak tu? Aku nengok makin meluap2 asap kuar kot corong kilang tu maknanya banyak 'tempahan' la tu....hasilnya???? sapa yang kaut? sebab tu la duit dan pendapatan Kerajaan Selangor sekarang ni makin melimpah ruah......hhhmmmmm, dulu masa xdapat selangor semuanya HARAM tapi bila dah ada dalam gengaman buleh lak jadi HALAL....ingat wahai pemimpin-pemimpin PAS hukum hakam agama bukan boleh dibuat main-main........





P/S : Haram tetap Haram, tidak akan boleh jadi Halal !!!

Tuesday, February 7, 2012

Ang Pau Putih....punyer cerita lah...

Perkasa’s giving out of white ‘ang pows’ to the people who attended its Chinese New Year open house, which the right-wing NGO claims was a mistake due to ignorance, exposes the flaw that sometimes characterises Malay-Muslim considerations of the Other.

Not all Malays or Muslims are insensitive towards the customs and beliefs of other races and religions - in fact, some are exemplary in their show of respect - but this instance of Perkasa giving out ang pows in envelopes the colour of which signifies death in Chinese culture is not the first and only illustration of insensitivity. (http://www.malaysiakini.com/news/187947)

Tidak dinafikan sesetengah kaum sangat sensitif dengan budaya yang mereka amalkan sejak dari turun temurun dan semestinya kaum lain patut turut sensitif dengan isu tersebut tetapi tidak juga dapat dinafikan bahawa ada sesetengah orang tidak sedar (tidak tahu) sesetengah budaya itu untuk sesetengah kaum....




Dalam kes seperti ini, apabila timbulnya isu yang mengaitkan soal sensitiviti budaya / agama / kepercayaan haruslah ;

1. Mohon maaf dengan kadar segera supaya tidak menyinggung pihak-pihak yang berkenaan.
2. Jelaskan mengapa menggunakan sampul putih? mungkin sebab sampul merah dah abis....kot2 
    la kan...muahahah..
3. Lain kali jangan ulangi lagi....


 Akan tetapi, apa yang saya lihat.....

1. Tidak seorang pun yang hadir di situ menyuarakan 'kekhilafan' tersebut....mengapa?
2. Tetap ambil jugak sampul tu walaupun tau mengenai hal ini.. (sampul buang, duit amik)...
3. Tak kecoh pun dalam majlis tu (gaduh2 / suara sumbang).....



Hmmm.....macam mana ye? Atau mungkin ada sesetengah pihak yang cuba untuk memperbesarkan isu ini sengaja mencari 'jalan' supaya berlakunya "perang sensitiviti" di kalangan puak-puak ini.........hmmm..ada kemungkinan jugak tu yee...



p/s : Apa-apa pun kene sensitif jugak hal-hal yang macam ni supaya tidak menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan kaum.. - peace-
 

Eli Wong VS Helmi....


Ish..ish....sapa pulak gambar dalam posisi yang sangat "sopan" ni? upssss, macam penah tengok tapi dimana ye??? Bila di 'close-up' dan di 'zoom in' rupa2nya salah seorang pemimpin PKR yang sedang berposing maut tak hengat....baikk punyerr...SOPAN kan? yela, naungan PR (Pakatan Rakyat) memang boleh buat kerja2 macam ni sebab rakyat yang menyokong PR tak kisah dengan isu moral dan sosial ni. Yang dorang nampak salah adalah......apabila......ada orang2 BN / UMNO yang bersosial, ha ...tu kira sangat tidak bersopan.....


Lihat sajala komen dan statement DSAI mengenai isu ini....

Uittt, bukan main bela lagi si eli wong ni ye.....yela, orang2 dia kene la 'cover line'. Taknak la nampak sangat yang orang2 'alim' dalam PR ni buat jahat kan.........(konon!!! sopan la sangat)



Baru-baru ni timbui la pulak citer ni......mamat sorang ni (Hilmi) dah jadi buruan polis ekoran penyebaran gambar tak senonoh Eli wong ni...dok tanya jugak sapa mamat ni? macam mana dia buleh ada gambar2 mcm tu? Macam mana lagi kalau bukan dok serumah dgn eli wong. Kalau tak, mcam mana gmbr tu leh sebar merata dalam internet??? ye la harapkan pagar, pagar makan padi...."harapkan pakwe, pakwe dah lari...." ish..ish..sapa nk jawab tu???