Tuesday, March 27, 2012

DSAI dah xde modal dah.......

KUALA SELANGOR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak jentera Pakatan Rakyat (PR) melancarkan ‘perang’ terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek,” katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Dalam program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin yang melanjutkan pengajian di universiti, jika PR berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Kita batalkan semua PTPTN anak miskin tanpa mengira kaum apabila kita tadbir. Kerajaan mesti tanggung semuanya, kalau tidak cukup wang, kena jimat elektrik dan semua.

“Anak orang kaya boleh masuk, anak menteri senang dibiayai, tetapi anak orang kampong, pesawah pula berhutang masuk universiti. Belum kerja sudah berhutang. Tidak guna saya jadi Perdana Menteri kalalu hanya bebankan rakyat miskin, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini,” katanya.

Beliau turut berjanji untuk mengurangkan harga minyak dan tarif elektrik yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

“Kalau hari ini pilihan raya, keputusan diketahui malam. Dalam tempoh 24 jam kita akan umumkan harga minyak seluruh negara turun. (
Untuk berita lanjut : click di sini)

p/s : LPL dah bosan dengan apa yang selalu di'ulang suara'kan oleh DSAI. Asyik dok sebut benda sama je...nak turun minyak, nak turun minyak, pastu nk hapuskan PTPTN lak..... amboi, banyak nyer la duit DSAI mana dia dpt duit ye...........

No comments:

Post a Comment