Wednesday, February 8, 2012

Ada Umno, Ada Kerosakan (1)





Ada UMNO, ada kerosakan....macam la PAS dan PR ni tak pernah buat kerosakan. Dah banyak dah kerosakan sosial, minda, akhlak yang dibawa oleh PAS dan PR. Mana tidaknya,dok mencaci cela orang sana sini...tu orang-orang yang tau hukum tu...fitnah orang sana sini, jatuhkan hukum kat orang, mengeji orang kononnya sapa2 yang jadi pengikut UMNO ni kafir. Sapa depa nak tentukan seseorang tu kafir ke idak ke...Nauzubillah, sampai macam tu sekali. Bencinya PAS kat UMNO sampai sanggup menghina maruah bangsa dan agama sendiri......kan ke Umat Islam itu semuanya bersaudara? Kalau UMNO ada buat salah apa salahnya tegur secara profesional dan bukannya mengata yang bukan2 bukan dan menggelarkan orang lain dengan gelaran yang bukan2...umpamanya gelaran seperti :


1. Polis = Anjing BN/UMNO
2. Pengikut UMNO/ BN = Kafir
3. Mahathir = Maha fir'aun

macam-macam lagi la tuduhan-tuduhan yang tidak berasas...kalau nak berpolitik biarlah secara politik bersih dan bukannya kotor. Konon nak perjuangkan BERSIH tapi PR tu sendiri yang kotor, macam mana nk jadi BERSIH pulak? BERSIH kan diri tu dulu sebelum nak kata orang ni KOTOR.....



p/s : " Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang-orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"

Sebab-sebab mendorong seseorang itu mengumpat :-

1. Ingin melenyapkan kemarahan :-

Apabila marahkan seseorang dilepaskan dengan menceritakan keburukan @ KELEMAHAN orang yang dimarahi, didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan.

2. Kemegahan Hati :-

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

3. kedengkian :-

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji. Jadi ia mencari kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak dipuji.

4. Saja suka-suka:-

Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada manfaatnya iaitu memeriahkan suasana dengan bercakap atau bercerita tentang hal orang lain

5. Penghinaan :-

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sombong, dan sifat tinggi diri yang tiada terbatas.

6. Sifat-sifat lain :-

Sukar dianalisis banyak sebab tetapi semuanya yang lahir akibat tipu daya syaitan yang BERJANJI ingin menyesatkan umat.

Hukum Mengumpat :-

Mengumpat dengan hati yang mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama HARAM dengan mengata orang secara lisan. Ini dilarang keras sebagaiman firman
ALLAH swt ;-

"Hai orang-orang beriman jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah DOSA"

Oleh itu jika ada satu bisikan dalam hati ingin bersangka buruk kepada orang lain baiklah tolak sahaja dan cepat-cepat beristighfar.

No comments:

Post a Comment