Tuesday, February 21, 2012

Bai'ah dalam PAS

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau. Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”. Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.  “Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.  Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.

Bai’ah bermaksud "perjanjian atau sumpah setia untuk menyatakan kesediaan untuk selalu mematuhi dan setia dengan janji yang diikrarkan".

Lafaz Baiah

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :

1.   Apa yang dikhususkan kepada khalifah negara
      Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni
      maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak Islam.

2.   Apa yang dikhususkan kepada umat Islam.      Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara
       setakat mana kemampuan mereka.

Setelah kita meyakini pemimpin kita dengan menepati konsep wala’ yang ditetapkan oleh Syara’ tadi, maka wajib kita memberi bai’ah kepadanya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung ialah dengan melafazkan ikrar kesetiaan dan ketaatan di hadapannya. Secara tidak langsung ialah dengan mentaatinya dalam segala arahan yang diberikan - selagi tidak menyanggahi Syara’- walaupun tanpa dilakukan ikrar dihadapannya.
Jika dilihat kepada bai’ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai’atul Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai’ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli harakah iaitu;
1. Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

2. Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke
     titisan darah yang terakhir.

Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai bai’atul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam bai’ah tersebut Rasulullah s.a.w. mengambil bai’ah dari Ansar dalam perkara berikut;

1.Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
2.Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.
3.Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.
4.Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.
 Jelas bahawa bai’ah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam, tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan. Namun dalam bai’ah berikutnya iaitu bai’atul ‘Aqabah kedua pada tahun ke 13 nubuwwah, kandungan bai’ah ialah;

1. Dengar dan patuh kepada arahan nabi s.a.w. sama ada diwaktu rajin atau malas.
2. Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu senang atau susah.
3. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
4. Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun.
5. Memberi pertolongan kepada Nabi s.a.w. apabila baginda sampai di Madinah dan
    mempertahannya sama seperti mempertahankan diri sendiri, isteri dan anak-pinak.
    (Riwayat dari Jabir r.a.).



p/s : Bukan ke perjuangan PAS sekarang dah memang tersasar dari perjuangan sebenar? Kata nak perjuangkan Islam berhabis-habisan tapi mcm mana lak azan pun dah kene slow kat penang? masjid dah kene roboh kat kedah? waktu maghrib lak pi nyalakan api ikut agama lain? ishhh, perjuangan yang macam mana ni? Saya xpaham laa.... mula2 tu sokong gak PAS tapi mengenangkan perjuangan yang dah terseleweng ni ishhh, xsanggup la nk sekongkol lagi dah......huhuhuhuh

"SAYA SAYANG ISLAM"

No comments:

Post a Comment