Thursday, February 9, 2012

BN gadai tanah Orang Melayu???? Ye ke.....

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana khas berhubung isu penggadaian tanah orang-orang Melayu di negara ini oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).   Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.  Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang), Mohd Nasaie Ismail berkata, tujuan ceramah itu diadakan bagi mendedahkan usaha penggadaian tanah rakyat Malaysia, khususnya tanah-tanah Felda dan Felcra, oleh pemerintah Barisan Nasional.

Menurutnya, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, selain itu, beberapa penceramah lain yang pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, turut terlibat. "Di antaranya ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Tak Kee Kong, bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramli Buyung dan Presiden Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.  Sehubungan itu, orang ramai di seluruh Lembah Klang terutamanya dijemput hadir untuk mengikuti ceramah tersebut bagi memahami secara dekat masalah penggadaian tanah rakyat Malaysia oleh pihak Umno BN.  Katanya, tindakan penggadaian tanah orang-orang Melayu, khususnya dalam Felda, kini amat giat dilakukan oleh pihak Umno BN menerusi pihak pentadbiran organisasi tersebut melalui usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.  (Rujukan : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8000-ceramah-khas-dedah-bn-gadai-tanah-orang-melayu)



P/S : Ishhhh, xpaham betul la...apa?? BN gadai tanah orang melayu? FELDA? FELCRA? abih tu yang hampa dok makan duit kerajaan bagi 'durian runtuh' khusus kepada felda dan peneroka tu apekejadahnya tu? Duit amik tapi mulut dok bising kata BN gadai tanah melayu...apa punya tut la depa ni.......Rasa2 aku la orang felda dan peneroka yang paling banyak dapat imbuhan / durian runtuh/ bonus berbanding dengan pesawah, motong getah.... bila masa lak BN gadai tanah Orang melayu? Kalau betui la, dah lama dah orang cina dan india yang jadi peneroka felda tapi orang melayu gak yang majoritinya jadi peneroka felda ni......sapa yang gadai sebenarnya ni? Bukan ke PR ke yang gadai maruah bangsa sendiri semata-mata sebab 'kuasa' dan 'pangkat' dalam politik kotor mereka???



No comments:

Post a Comment