Monday, January 9, 2012

Buang terus dari UPSI.....Biaq xjadi 'orang'


Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta. Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu. "Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.



Eh, dia ni sape nak tunjuk 'hero' lak ni?? ke saje je nak cari publisiti dengan menggunakan AUKU sebagai modal? Dah nama 'student' baut cara student, nasib baik kene gantung je buatnya dibuang terus dari kampus agak2 jadi 'kambing' la lepas ni. Dok elok-elok belajar ada hati nak main politik kotor plak. Apa yang nak diperjuangkan? hak apa? hak pelajar? hak seorang pelajar HANYALAH BELAJAR.... ko PELAJAR, tugas ko BELAJAR.. dah jadi cikgu nanti ha, baru leh MENGAJAR... elok la tu sama macam si Safwan Anang tu . Dua-dua "otak" ada kat "lutut" tu yg xleh pikir secara rasional tu.....


Macam ni nak jadi pemimpin masa depan negara? memang hancur la negara sebab ko ni terlalu sangat emo dan ikut perasaan. Tak dinafikan ko "orang suruhan" DSAI tapi agak-agakla. Lepas ni kalu ko masuk lokap DSAI datang nak jamin ke? ke DSAI tengah sibuk nak tawan putrajaya, ada masa ke nk pi jenguk ko kat lokap? xde maknanya..........



 Tula, kerajaan ni baik sangat masih simpan orang macam ni. Patut dibuang negeri je. Dahla menghasut orang lain buat demo pastu buat tuduhan kat kerajaan kononnya kerajaan ni xpedulik pasal pelajar (AUKU)......kalau xpeduli xdela ko dpt masuk UPSI tu....ceettt..... Jangan rapat sangat dengan DSAI tu ....nnti xpasal-pasal ada pula "Saiful" no 2 nanti.... Berapa la agaknya ko ni dibayar kan? mesti mahal kan....upsssssss.....tershashul pulak.

1 comment:

  1. Salam, say sudah follow blog anda..terima kasih kerana folloe blog saya...jangan lupa dtg menjenguk blog saya..ok?

    ReplyDelete