Thursday, January 5, 2012

Pulak Dah...

Lebih 15 NGO kecam Anwar 901

 

Lebih 5,000 ahli daripada lebih 15 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini bagi mengecam perhimpunan 'Kempen Bebaskan Anwar 901', pada Isnin ini.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selaku penganjur, PPIM dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) akan hadir di tempat dan masa yang sama sekiranya perhimpunan haram itu diteruskan. "Tujuan kita adalah untuk memberitahu penyokong Anwar bahawa mereka juga bakal berdepan dengan sekumpulan rakyat yang mahu mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara. "Gerakan ini bukan gerakan politik tertentu tetapi perhimpunan ahli-ahli dari pelbagai pertubuhan yang mahu mempertahankan kedaulatan dan sistem kehakiman negara,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Antara NGO yang akan menyertai perhimpunan itu adalah Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang.

Selain bantahan terhadap demonstrasi jalanan itu, perhimpunan PPIM dan Permas itu juga diadakan bagi membela nasib Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu. Berikutan itu, PPIM dan Permas juga akan membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sebagai bantahan kepada ancaman yang ditimbulkan daripada perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

 p/s : Hatoiii....nak buat perhimpunan jugak ke depa ni? baru je dok larang penyokong PR buat demo...Toksahla buat perhimpunan ni, bukannya apa takut lain pulak jadinya bila 2 kumpulan yg bertentangan 'bersua muka' haru biru lak jadinya nanti. Biarla Polis yg suraikan perhimpunan 901....kalau campur tangan orang lain nnti makin "panasss" la situasi tu nanti....hadoi, malasla nk nk masuk campur. Bukannya dapat sejuta pun kalau pi ikut sama...baik dok umah tgk "ombak rindu" - layan persaan sendiri- lagi baguihhh....haiiiiiii...- peace yooo-

No comments:

Post a Comment