Monday, April 2, 2012

Janji telah di kota.........

Datuk Seri Najib Razak malam tadi memperincikan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan membawa mesej kerajaan pimpinannya sentiasa menepati janji dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Perdana Menteri menegaskan kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab dan tidak sekali-kali mahu membankrapkan negara dalam merangka sebarang dasar serta membelanjakan wang. Berpaksikan falsafah ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digariskan Najib selepas mengambil alih kepemimpinan negara tiga tahun lalu, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP dikenal pasti untuk dilaksanakan hasil maklum balas rakyat pada semua peringkat.
(untuk lebih lanjut : Click sini)



Kita mampu terus mengorak langkah ke depanKUALA LUMPUR: Malaysia mampu mengorak langkah ke hadapan apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) menunjukkan Malaysia sebagai negara dan rakyat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan latar belakang agama serta pandangan tetap mampu mencapai matlamat 1Malaysia.

Katanya, setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghasilkan kemajuan ketara dan pencapaian boleh dilihat dalam bidang menjadi keutamaan kepada rakyat.

“GTP terus meningkatkan kehidupan rakyat. Ia terbukti (kerana) apabila anda mencabar diri anda, hal dan perkara menakjubkan boleh berlaku.

“Keseluruhannya, kajian setahun (pelaksanaannya) menyaksikan satu lagi pusingan kemenangan besar,” katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011.

Muhyiddin berkata, tahun lalu menyaksikan jentera kerajaan mengekalkan tumpuan kepada matlamat bagi mencapai hasil lebih memberangsangkan dan menjelang penghujung tahun negara berjaya mencapai kejayaan besar. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment