Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri
Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak
lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung
kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar
setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang
kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman
pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini. Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda. Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar. Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan
pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari
perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa. “Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi
Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak
nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang
pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil
menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek
kerajaan. Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’,
beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan
seseorang individu. “Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca
ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang
bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang
dibawa oleh baginda. “Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.
p/s : Upssss...... Tak sangka kan....tapi apa nk kata lagi dah memang betui pun..yela, bila pkir2 balik parti PKR punditubuhkan masa Anwar dlm lokap la....kene tuduh liwat. Awat sebelum tu dia xtubuh parti keadilan ke, parti hak asasi ke, parti kemanusiaan ke....ni mmg parti utk bela nasib diri dia sendiri je....YANG MANUSIA LAIN DOK IKUT PARTI NI BUAT APA?? APA YANG HAMPA DAPAT? SEKUPANG? perjuangan ikhlas kerana Allah konon, kerana agama konon...kalau kerana Agama awatnya pi dok 'join' dgn agama lain? bangsa lain? pejuang la sendiri......ptuihhhh, Hanya mereka yg sesat dan jahil je yg ikut parti sesat ni...tu pun xsedar2 lagi.......apa la nak jadi dgn depa ni... ishhhh ishhhh ishhh - peace yooo-
No comments:
Post a Comment